Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

FATWA

FATWA

Menurut Ibn Manzur, fatwa adalah perkataan yang bermaksud suatu perbuatan yang dilakukan oleh mufti mengenai sesuatu hukum atausuatu keputusan tentang hukum yang dikeluarkan oleh faqih (Ibn Manzur1956, 15: 147-148).
Menurutal-Qasimi, fatwa bermaksud menjawab masalah yang menjadi kemusykilan di dalam hukum.Apabila seseorang menjawab sesuatu masalah yang diajukan kepadanya, jawapan yang diberikan itu merupakan fatwa. (al-Qasimi 1986: 46-48).

Fatwa menurut Muhammad Rawwas, fatwa bererti penjelasan berhubung persoalan hukum syarak yang dibuat oleh seseorangyang faqih bagi menjawab pertanyaan yang dikemukakan kepadanya (Muhammad Rawwas 1985: 339).
Menurut Ensiklopedi Islam fatwa bererti petuah, nasihat, jawapan bagi pertanyaantentang sesuatu hukum.
Menurut pemahaman Ibrahim Najaib Muhammad Iwad, Fatwa dari segi bahasaarab iaitu fata - yaftu - fatwa atau futya ( فتى يفتوفتوى أوفتيى ). Iamembawa maksud menjawab perkara-perkara yang menjadi kemusykilan seperti seseorang berkata "meminta fatwa daripadanya maka ia pun memberi fatwa" (Ibrahim Najaib Muhammad Iwad, Al-Qada fi Al-Islam, Kahirah:MajmaAl-Bunuth Al-Islamiyyah:1975 hal :10).
Dalam Ensiklopedi Hukum Islam, al-fatwa secara bahasa bererti petua, penasihat, jawapan atas pertanyaanyang berkaitan denganhokum.

Apapun pengertianyang telah diberikan, menurut undang-undang yang ada di Malaysia sekarang, pengeluaran fatwa perlu mengikuti prosedur tertentu.Suatufatwa yang hendak dikuatkuasakanhendaklah diwartakan.Jika tidak di Warta maka ia dianggap kekal sebagai pendapatmufti sahaja dan untuk pengetahuan atau rujukan hukumsemata-mata.

Sedangkan dalam istilah Ilmu UsulFiqh, Fatwa bererti pendapat yang dikemukakan oleh seorang mujtahid(ahli ijtihad) atau faqih sebagaijawapan atas pertanyaan yang diajukan oleh peminta fatwa dalam suatu kesyang sifatnya tidak mengikat. Pihak yang meminta fatwa tesebut boleh jadi bersifatperibadi, lembaga, mahupun kelompok masyarakat.
Pihak yang memberi fatwa dalam istilah Usul Fiqhdisebut Mufti dan pihak yang meminta fatwa disebut al-Mustafti.
Siapa yang layak Memberi Fatwa
Kalau dalam konteks negara Malaysia dan Indonesia, orang yang layak kebiasaannya adalah seorang Mufti.
Sebahagian ulama ahli fiqhpula mensyaratkan seorangmufti itu harus ahli ijtihad (mujtahid).Mujtahid adalah orang-orang yang layak berijtihad atau ahli ijtihad, ianyaseorang muslim, adil, mukallaf, ahli fiqh danmemiliki pemikiran yang jernih. Namun as-Syaukaani tidakpula mensyaratkan seorangmufti itu harus mujtahid, yang penting dia ahli didalam agama Islam.

Posting Komentar untuk "FATWA"